Terkini

Dokumentari Al Jazeera: Polis ambil keterangan Md Rayhan


Polis telah mengambil keterangan lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ terbitan Al Jazeera baru-baru ini.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata rakaman percakapan lelaki itu dibuat di Depot Tahanan Imigresen pada hari ini dan semalam.


"Siasatan kes ini sedang giat dijalankan dan rakamam percakapan Md Rayhan akan dibuat lagi jika perlu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.
Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
loading...
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud pada 25 Julai dilaporkan berkata lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
- Bernama

No comments