Terkini

10 Kes Positif Baharu Di Perlis Hari Ini Terdiri Daripada Satu Keluarga

Menteri Besar Perlis, Dato Seri Azlan Man(kiri)

Seramai sepuluh (10) orang terdiri daripada satu keluarga di Perlis dijangkiti Kluster PUI Sivagangga, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebentar tadi.
Hasil siasatan mendapati bahawa salah seorang daripada ahli keluarga tersebut (kes ke-9054, kes generasi kedua) adalah merupakan pelanggan tetap gerai milik kes ke-8976 iaitu kes generasi pertama kluster ini.


Ia kemudiannya menjangkiti ahli keluarga kes ke-9054 sekaligus menjadikan sepuluh (10) ahli keluarga kepada kes ke-9054 sebagai generasi ketiga klsuter ini.
Kesemua sepuluh (10) kes baharu yang dilaporkan ini tidak menunjukkan sebarang gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis bagi menerima rawatan.
Sehingga kini, Perlis mencatat sebelas (11) kes positif baharu termasuk satu (1) kes yang dilaporkan pada 4 ogos 2020 iaitu kes ke-9002 yang juga datangnya dari ahli keluarga yang sama.
loading...
Terdahulu menerusi Facebook Menteri Besar Perlis iaitu Dato Seri Azlan Man, beliau turut meluahkan rasa bimbang apabila difahamkan wujud satu lagi kes positif Covid-19 di negeri itu. Dia difahamkan bahawa satu kes terbaru di Perlis itu berpunca dari kluster Sivagangga yang berlaku di Napoh, Kedah. Bagaimanapun, pergerakan masuk dan keluar dari daerah Kubang Pasu telah dihadkan oleh pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian ini.

Sehubungan itu, Dato Seri Azlan Man menegaskan dan memberi peringatan supaya rakyat Perlis sentiasa memakai pelitup muka, bersihkan tangan serta menjaga jarak sosial demi kembali ke zon hijau.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, SiakapKeli, FB Azlan Man

No comments