Terkini

Adun Jeram umum keluar Bersatu, sokong Mahathir


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Selangor, Mohd Shaid Rosli mengumumkan keluar PPBM selepas mendakwa parti itu tersasar daripada matlamat asalnya.


Beliau mengumumkan menjadi Adun Bebas dan menyokong kepimpinan serta perjuangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.



“Saya bersama jawatankuasa bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli PPBM Kuala Selangor mengambil keputusan untuk keluar PPBM dan menjadi Adun serta ahli Bebas.

“Kami merasakan perjuangan parti ini tersasar daripada objektif asal untuk melawan kerajaan kleptokrasi dan menjadikan PPBM sebagai wadah perjuangan orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Shaid juga berkata, beliau mendapati PPBM sanggup kerjasama dengan individu yang ditolak rakyat pada pilihan raya umum lepas.

loading...
“Kami juga rasakan, PPBM sukar membentuk gabungan dengan Muafakat Nasional kerana semua parti ditunjangi oleh orang Melayu.

“Maka kawasan bertanding akan menjadi rebutan dan berlaku unsur khianat,” katanya.

Semalam Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru orang Melayu berikutan pertikaian yang berlaku dengan PPBM.

Katanya, parti ini bakal menjadi sebuah parti moderat dan inklusif, selain me

#Sumber : FMT    

No comments