Terkini

Baru hari pertama sudah 127 orang ditahan gagal pakai pelitup muka


Pihak berkuasa menahan 127 orang kerana tidak memakai pelitup muka semalam yang merupakan hari pertama peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak.


Menteri Kanan (kluster keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PDRM menahan 315 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semalam.

Daripada jumlah itu, seramai tiga individu direman manakala 312 individu pula dikenakan kompaun, lapor Malaysiakini.

loading...
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti yang tidak mengikuti SOP (38), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (150) dan tidak memakai pelitup muka (127)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bermula semalam, kerajaan mewajibkan orang ramai untuk memakai pelitup muka di kawasan sesak, dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Orang ramai boleh dikompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaru itu. 

No comments