Terkini

Gara-Gara Kluster Sivagangga, Penduduk Napoh Nekad Saman Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh RM1 Juta


Penduduk dan pemilik kedai di Napoh akan memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh minggu hadapan bagi menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster PUI Sivagangga.
Dilaporka seramai 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas akan memfailkan saman berjumlah pemilik restoran Nasi Kandar tersebut bagi menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster Sivagangga.


Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, tuntutan saman itu dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua orang agar tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus Covid-19 merebak.
"Semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO)yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh.

"Dijangka hari ini akan ada lagi penduduk yang mahu berbuat demikian menerusi nasihat guaman Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma," katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.
Semalam, NSTP melaporkan CAKE
mengetuai NGO bersama penduduk dan peniaga pekan Napoh akan memfailkan saman bersama terhadap pemilik Restoran Salleh.
Mohamad Yusrizal berkata penularan virus ini bukan sahaja berlaku di Napoh, tetapi ia merebak ke daerah Padang Terap, Kulim seterusnya ke Perlis dan Pulau Pinang sehingga bukan sahaja memberikan satu gambaran yang buruk kepada pekan Napoh, malah kepada seluruh penduduk di Kedah.
loading...
"Justeru saya menyambut baiklangkah kerajaan yang mendenda pemilik restoran itu RM12,000 dan dihukum penjara lima bulan, semalam.
"Sebab itu kita bersama penduduk dan NGO akan teruskansaman terhadap pemilik restoran itu, banyak kerugian penduduk terpaksa tanggung termasuk kesan terhadap psikologi mereka,"katanya.
Semalam, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.
Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

No comments