Kes penyokong Najib: Sembilan individu selesai beri keterangan - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai merakam keterangan sembilan individu berhubung kes perhimpunan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada 28 Julai lepas.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut mereka yang telah selesai beri keterangan, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata siasatan kes itu telah lengkap dan kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Pada 28 Julai lepas, ramai penyokong Najib yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mengikuti perkembangan keputusan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib, dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan tidak mematuhi amalan penjarakan fizikal.
loading...
Tindakan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap risiko penularan COVID-19.
“Pihak saya telah menerima dokumen berkenaan pada Isnin lepas, pegawai penyiasat saya telah menerima lapan daripada 17 dokumen yang dimohon bagi melengkapkan siasatan kes ini,” katanya.
Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009, selepas ditahan SPRM, dan mayatnya ditemui di tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam.
Mendiang adalah setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.
-- BERNAMA
No comments