Terkini

Lelaki Istimewa Ini Jual Aiskrim Pulut Depan Help University di Subang Demi Rezeki Yang Halal


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa ini mungkin boleh menggambarkan sekiranya seseorang individu hendak melakukan sesuatu, sedaya upaya akan dilakukan dan demikian juga sebaliknya.
Seperti kegigihan seorang pemuda, orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah bisu dan pekak tetapi tetap mencari rezeki yang halal dengan berniaga walau terpaksa berdepan dengan risiko untuk ditipu oleh pelanggan.


Menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter @IzatYuan, pemuda berkenaan dikatakan menjual ais krim pulut di kawasan Subang Bestari.
Berdasarkan nota yang dilekat di gerai, dia memberitahu pelanggan bahawa dia mengalami masalah bisu dan pekak selain meminta mereka untuk menunjukkan isyarat nombor mengikut berapa cawan ais krim yang ingin dibeli.
”Salam dan hai, maaf, saya bisu dan pekak..
”Nak berapa cawan? Mohon tunjuk nombor pada saya. Thank you,” tulisnya.
Malah, di bawah nota turut tertera pesanan kepada pelanggan untuk membantunya di dalam urusan pemberian baki.
loading...
Perkongsian yang tular dengan mendapat ribuan tanda suka dan ulang kicau di Twitter itu ternyata menarik perhatian ramai warganet.
Ramai yang memuji kecekalan pemuda berkenaan dalam mencari rezeki namun tidak kurang pula yang bimbang sekiranya dia ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Semoga perkongsian ini membuka mata ramai bahawa tidak ada yang mustahil untuk mencari rezeki yang halal jika disertai dengan usaha gigih dan semangat yang tinggi.

Takut nanti dia kena tipu

Moga murah rezeki bro

Sumber: Twitter @IzatYuan, SiakapKeli

No comments