Terkini

Mahkamah minta Pavithra kemuka surat rasmi tidak dakwa suami


Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 8 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes suami seorang Youtuber, M. Sugu, yang dituduh memiliki senjata dan mencederakan isterinya, pada Julai lepas.
Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan meminta Youtuber sensasi, S.Pavithra, 28, menulis surat rasmi supaya tidak meneruskan pendakwaan terhadap suaminya, Sugu, 29.
Perlis” bagi membezakannya dengan buah mangga dari tempat lain.

Pada 24 Julai lepas, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, empat hari sebelum dihadapkan ke mahkamah.
Sebelum ini, Pavithra juga telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Senam, di sini, pada 22 Julai lalu.
Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi manakala Sugu diwakili S. Sundarajan.
Liyana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan merujuk kepada Pengarah Pendakwaan negeri Perak selepas menerima surat rasmi tersebut yang perlu diserahkan oleh Pavithra sebelum 8 Sept ini.
Sugu yang merupakan bekas pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Siput didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 26 inci bertulis Tiger di parkir Wad Paliatuf PCU Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada kira-kira 6 petang, pada 21 Julai.
loading...


Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1), Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Sugu juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan sebelah kanan Pavithra dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di kawasan parkir HRPB antara 4 hingga 5 petang, pada hari yang sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA

No comments