Md Rayhan Tetap Akan Diusir Keluar Dari Malaysia
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan bahawa warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir tetap akan diusir keluar setelah proses siasatan selesai.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, buat masa ini siasatan masih dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, beliau berkata, pas lawatan kerja Rayhan juga sudah ditamatkan.
Ketika ditanya pemberita, Khairul Dzaimee berkata, beliau tidak boleh memberi tarikh jangkaan Rayhan akan dibawa keluar dari Malaysia.
Ketika ditanya pemberita, Khairul Dzaimee berkata, beliau tidak boleh memberi tarikh jangkaan Rayhan akan dibawa keluar dari Malaysia.
“Cuma, penerbangan paling awal ke Bangladesh ialah pada 31 Ogos ini. Dia akan disenarai hitam untuk selama-lamanya,” katanya.
loading...
Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.
Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan koronavirus (Covid-19). – Sinar Harian
No comments