Terkini

Pemilik Kedai Nasi Kandar Di Napoh Yang Terbabit Dengan Kluster Sivagangga Dijatuhkan Hukuman Penjara Dan Didenda RM12,000


Pemilik sebuah kedai Nasi Kandar di pekan Napoh yang menyebabkan penularan Kluster PUI Sivagangga, dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan dikenakan denda RM12,000.
Tertuduh telah mengaku bersalah di atas tuduhan ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu setelah pulang daripada India.


Kluster Sivagangga kini menjadi antara kluster terbesar di Malaysia,yang merebak ke kawasan lain di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Setakat tengah hari semalam, sebanyak 45 kes dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster ini merebak cepat berbanding kluster lain dan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan genom Covid-19 yang dikenali sebagai perebak utama (superspreader) seperti di Mesir dan Pakistan.
loading...
Sumber: Bernama

No comments