Terkini

Polis ambil keterangan 'pak guard' Nepal yang dipukul


Polis telah mengambil keterangan pengawal keselamatan warga Nepal yang menjadi mangsa pukul dalam kejadian di tempat letak kereta di Wangsa Maju di Kuala Lumpur, pada 7 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata proses mengambil keterangan mangsa lelaki berusia 26 tahun itu, dibuat selepas beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada pukul 5.30 petang, semalam.


“Hasil kerjasama Kedutaan Nepal, polis mengesan mangsa dan keterangan lengkap kejadian telah diambil oleh pegawai penyiasat kes.
“Mangsa telah memberikan kerjasama penuh dan kertas siasatan kini dalam proses akhir untuk dilengkapkan sebelum dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 31 Julai lepas, video berdurasi 44 saat tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan yang dipercayai warga asing dengan sebatang kayu.
loading...
Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju.
-Bernama

No comments