Terkini

Tiga laluan ke Kuala Sanglang ditutup mulai 10 malam tadi - Polis


Tiga laluan utama ke Kuala Sanglang mula ditutup 10 malam tadi selepas kerajaan negeri Perlis mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO).


Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata polis telah melakukan sekatan jalan raya (SJR) di empat laluan masuk ke Kuala Sanglang bagi membendung penularan wabak COVID-19.


"Empat SJR itu adalah di Simpang Tiga, Jalan Padang Keria, hadapan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Sanglang dan hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sebanyak 20 orang anggota dan pegawai diletakkan pada setiap SJR.


"Orang ramai yang berada dalam kawasan TEMCO (Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul diminta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak penularan wabak," katanya.
loading...
Semalam, Bernama melaporkan kerajaan Negeri Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.
Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga.
-- BERNAMA

No comments