Terkini

Video TikTok: Langgar nilai dan prinsip keluarga, 'Influencer' Mesir ini dihukum penjara!


Sebuah mahkamah di Mesir telah bertindak menjatuhkan hukuman dua tahun penjara keatas beberapa remaja wanita kerana membuat hantaran tidak senonoh pada video TikTok mereka selain dituduh melanggar nilai-nilai dan prinsip-prinsip keluarga Mesir.


Tindakan mereka berkenaan menyebabkan masing-masing mereka didenda 300,000 pound Mesir (hampir $ 19,000). Menurut pendakwa raya, tindakan mereka dilihat cuba menggalakan perlakuan tidak senonoh dan tidak bermoral serta secara tidak langsung mempromosikan aktiviti perdagangan manusia.


Meskipun Mesir jauh lebih liberal dari negara-negara di Teluk Arab, negara yang majoritinya Muslim ini telah beralih ke arah konservatif selama setengah abad terakhir ini. Ini menyebabkan golongan penari, diva pop, dan influencer media sosial dikritik hebat kerana melanggar norma.
loading...

Sumber: The Time

No comments