Perlis Satu-satunya Zon Hijau COVID-19 Setakat Ini -KKM
Putrajaya – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Perlis merupakan satu-satunya negeri yang masih zon hijau COVID-19 setakat ini.
Berdasarkan kemaskini KKM, kes terakhir dicatatkan di negeri itu adalah pada 12 Oktober lalu. Pun begitu jelas KKM, negeri zon hijau bukan bermaksud negeri itu bebas COVID-19.
Sehingga hari ini, negeri itu mencatatkan 38 kes berbanding keseluruhan 32,505 kes positif COVID-19 di Malaysia sejak penularan bermula.
Perlis satu-satunya negeri zon hijau, setakat ini.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 1, 2020
Kes terakhir adalah 12 Oktober lalu.
Namun, negeri zon hijau tidak bermakna Perlis bebas #COVID19.
Terus amalkan langkah-langkah pencegahan atau 3W dan elak 3S. #KitaJagaKita#KitaTeguhKitaMenang pic.twitter.com/t1obfVyqaJ
Sumber: KKM, KP Kesihatan
No comments